Penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Adibah Noor Mohd Omar meninggal dunia lewat petang tadi. Berita duka ini dimaklumkan pelakon dan pengacara terkenal Dato AC Mizal melalui satu hantaran posting di Intagram beliau. 

Arwah meninggal dunia di usia 51 tahun. 

Selain itu, menurut wartawan hiburan Zuan Azmi, Kak Adibah Noor meninggal dunia kira-kira jam 6:30ptg tadi, dipercayai kerana penyakit kanser ovari tahap 4.

Setakat 8:29malam ini jenazah masih berada di Hospital Gleaneagles. Jenazah khabarnya akan di bawa ke rumah ayahnya di Keramat Permai.

 

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.