Filem Mat Kilau yang sedang hangat diperkatakan ketika ini terus mencipta fenomena baru dalam industri seni tanah air. Manakan tidak, filem berdasarkan pahlawan melayu, berlatar masa lama telah berjaya menarik perhatian penonton ke pawagam. 

Jelas filem ini sangat berkualiti dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Filem yang diarahkan Syamsul Yusof dan dibintangi pelakon hebat seperti Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Ashari Yayan Ruhian berjaya meraih kutipan RM11 juta selepas empat hari ditayangkan. 

Rata-rata penonton sangat berpuas hati serta gembira dengan Filem Mat Kilau.

Siapa yang belum menonton. Cepat! Book tiket sekarang!